Isnin, 25 Jun 2012

Anakku....

Melayan celoteh dan telatah anakku
Mudahan menjadi anak yang pintar dan soleh. begini lah setiap hari.....walaupun pemalu tetapi depan kamera inilah gayanya..... 













Jumaat, 22 Jun 2012

JOM Jamu selera

JOM Jamu selera


Kambing panggang

Rendang daging

Ayam goreng berempah

Tom yam campur

Mee Udang


Khamis, 21 Jun 2012

Kek Coklat lagi...

Kek Coklat lagi...






Seperti biasala kan...ada order lagi kek coklat, al-Hamdulilah malam tadi dapat siapkan. Harap dapat menepati citarasa tuan yang order......nanti boleh order lagi kannn....pelangan ni antara yang selalu membuat tempahan.

Isnin, 18 Jun 2012

Ziarah sahabat lama







Menziarahi sahabat lama yang tidak pernah berjumpa selepas 24 tahun......di Hospital sungai buluh, Kalau nak di ceritakan semula ...sahabatku ini menyimpan seribu kenanggan buat ku dan keluargaku satu waktu dahulu..... dari perkhabaranya  dia telah terlibat dengan kemalangan jalanraya selepas pulang dari menjemput anaknya dari UITM Puncak Alam. Setibanya aku dan abangku di Hospital jam menunjukkan pukul 1.15pm.....kami pun terus mencari Wad 5C27. Akhirnya kami jumpa wad tersebut dan berjumpalah dengan sahabat aku yang lama tak jumpa tuu...al-Hamdulilah nampak dah beransur pulih...dan dia memberitahu bahawa harini dah boleh balik...sementara menunggu dia keluar wad kami sempat bersembang-sembang dan mendengar cerita bagaimana kemalangan tersebut boleh terjadi. kalau dilihat pada zahirnya memang terukla keadaanya....jahit sini sana...pastu terpaksa memakai pendakap untuk menahan tulang belakangnya yang cedera......dengar terpaksa memakai pendakap selama 6 bulan sekurang-kurangnya.....berat juga tu..... Jam Hospital menunjukkan pukul 2.00pm....waktu melawat pun dah berakhir....nampaknya kami terpaksa megundurkan diri dulu.......buat sahabatku...semuga cepat sembuh dan menerima ujian Allah denga  redha.... mudah-an Allah memberikan kekuatan dalam menghadapi  dugaan dan ujian ini.

Jumaat, 15 Jun 2012

Share Forum Rawatan Sihir


Disini saya mohon share dari http://arabmykrk.com 
Nota di bawah ini saya petik daripada: Forum Rawatan Sihir
Di sini saya perturunkan beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh pesakit gangguan makhluk halus atau sihir yang disyorkan oleh ustaz Haji Abdul Malik Bin Haji Ladzim, iaitu anak murid Ustaz Walid Salam Bali, Mesir. Amalan-amalan ini bolehlah ditokok tambah atau disesuaikan dengan beberapa amalan yang pernah disyorkan di dalam forum ini.

AMALAN WAJIB PESAKIT:


1. Solat berjemaah di masjid atau surau (tempat di mana azan dilaungkan).
2. Sentiasa berwudhuk.
3. Baca Ø¨Ù€ِسـْــم ِ اللهِ الرَّحـْــمـَÙ€ٰــن ِ الرَّØ­ِــيم ِ dalam semua perbuatan dan pekerjaan.
4. Amalkan selepas solat subuh 100 kali.

لاَ Ø¥ ِلـَÙ€ٰــهَ Ø¥ ِلاَّ اللـَّـهُ ÙˆَحـْــدَÙ‡ُ لاَ شـَــر ِيــكَ لـَـهُ، لـَـهُ الـْـمُـلـْـكُ
Ùˆَلـَـهُ الـْحـَمـْــدُ ÙŠُحـْــيـِÙŠ ÙˆَÙŠُـمـِــيتُ ÙˆَÙ‡ُــوَ عـَــلـَÙ‰ كـُÙ„ّ ِشـَــيْØ¡ٍ قـَــدِيـرٌ

Nota: Perkataan ÙŠُحـْــيـِÙŠ ÙˆَÙŠُـمـِــيتُ boleh disebut atau tidak, terpulang kepada anda.

5. Amalkan membaca al-Quran
- PAGI Surah as-Soffat atau Yassin
- PETANG Surah ad-Dhukan atau al-Jin
6. Denar CD Ruqyah Syariah sehari 3 kali (Wajib dengar dengan khusyuk).
7. Bergaul dengan orang-orang yang soleh.
8. Jangan sesekali mendengar muzik yang diharamkan syariat.
9. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna.
10. Perbanyakkan ucapan istighfar 100 kali sehari atau lebih.
11. Jangan berburuk sangka dengan Allah سبحانه وتعالى dan sesama manusia.
12. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur.
- Surah al-Fatihah
- Ayat al-Kursi

- Subhanallah 33 kali.
- Alhamdulillah 33 kali.
- Allahu Akbar 33 kali.
- Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 seperti di bawah: 


(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.

(Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
13. Baca surah-surah berikut ketika hendak tidur dan ulangi sebanyak tiga kali:
- al-Ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan Manusia”. Hembus atau isyarat meludah ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian.
14. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.
15. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangnya 100 kali sehari.
Himpunan amalan berikut adalah yang termudah dan paling pantas untuk melindungi diri dan rumah kita dari gangguan jin atau syaitan.
Amalan berikut ini ada dalilnya.
Sila rujuk: Tafsir Ibnu Kathir Jilid 1 versi Bahasa Arab terbitan Darul Fikr, halaman 59 – athar daripada Abdullah ibn Mas’ud berkenaan amalan 10 ayat Surah al-Baqarah.
Sepuluh ayat itu ialah 4 ayat pada awal Surah al-Baqarah, ayat al-Kursi (255), 2 ayat selepas ayat al-Kursi (256 – 257) dan 3 ayat terakhir Surah Al-Baqarah.
Kelebihannya: Jika dibaca di dalam rumah pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah itu pada malam tersebut.
Riwayat lain: Jika dibaca, maka syaitan dan segala sesuatu yang tidak menyenangkan tidak akan mendekatinya dan ahli keluarganya pada hari itu. Jika dibaca kepada orang yang gila maka akan sembuh penyakitnya itu.
Begitu juga amalan Tasbih Nabi Yunus, ada hadith yang berkaitan.

Diamalkan SETIAP PAGI dan SETIAP SELEPAS ASAR (hendak amal lebih, lagi bagus):


1. Al-Baqarah ayat 1-4, 255-257, 284-286 (Sila rujuk di ***1 di bawah, halaman 3 dan 4).
( anggaran 3 minit )
2. Selawat 50 kali – Selawat yang paling pendek ialah “ALLAH humma sali ‘ala Muhammad”
اللـَّــهـُــمَّ صـَــلّ ِ عـَــلـَــى مـُــحـَــمـّÙ€َــدٍ

( anggaran 5 minit )
3. Tasbih Nabi Yunus (doa taubat Nabi Yunus di dalam perut ikan nun) 100 kali – sila rujuk Surah al-Anbiya 87 untuk Arabnya; sebutannya “LA ILAA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZOOLIMIIIIIIN”
لاَ Ø¥ ِلـَÙ€ٰــهَ Ø¥ ِلاَّ Ø£ َنـْــت َ سـُــبـْــحَــانـَــكَ Ø¥ ِنـِّـى كـُــنـْــت ُ مـِــن َ Ø§Ù„ظـّÙ€َالـِــمـِــيــن


( anggaran 10 minit )

InsyaAllah dengan melaburkan masa 20 minit setiap pagi atau setiap petang, kita akan merasa lebih tenang. Konsentrasi kita kepada kerja dan amal juga dapat ditingkatkan.

Amalan tersebut insyaAllah dapat melindungi diri daripada dimasuki jin, sama ada jin sihir atau jin tanam anggur.

Sekiranya jin memasuki tubuh badan kita, kita akan: 
1. Rasa takut melihat cermin di waktu malam (sebab akan nampak satu muka lain yang gelap dan menakutkan).
2. Rasa malas lakukan kerja atau solat.
3. Rasa lenguh berat di leher atau di bahu.
4. Membuat kita rasa pening, migrain atau susah berfikir.
5. Rasa sakit tetapi doktor pun tidak tahu apa puncanya walhal macam-macam pemeriksaan darah, X-ray, MRI, CT-scan sudah dilakukan.

Selain itu, amalan diatas insyaAllah dapat menghalang jin dan syaitan daripada memasuki rumah kediaman kita:

Sekiranya jin dan syaitan dapat masuk, mereka akan:
1. Menyebabkan anak kecil menjerit malam-malam buta, selain takut melihat sesuatu yang kita tidak Nampak.
2. Menganggu rehat tidur kita kerana dada atau kepala kita akan rasa ditindih benda berat.
3. Duduk atau berdiri berdekatan kita menyebabkan kita rasa rimas seolah-olah ada sesuatu yang menakutkan berdekatan kita.
4. Membuat bising di rumah seperti; mengetuk pintu, bumbung, mengalih kerusi meja dan lain-lain.

Untuk mereka yang ada masa, cuba juga tambahkan amalan seperti membaca Surah al-Baqarah sekali atau Surah Yasin sekali atau tiga kali setiap hari.





Ahad, 10 Jun 2012

Masjid Negara

Singgah sembahyang zohor di Masjid Negara....lama tak ke sini. Sejarah lama terukir di sini..... kira-kira 14 tahun yang lalu. al-Hamdulillah ke sini semula setelah anak ku kini 4 orang.
tak banyak perubahanya.....cuma masa kami ke sini......nampak keadaan masjid sedang di baik pulih... sekitar pagar ruang legar sedang dicat semula ...kolam air pancut pun sedang dicuci....masa kami datang tu ramai juga pelancong asing turut melawat Masjid Negara.....





Makam pahlawan....



Cakkk...hahaha...aksi anakku...Muhammad hasif...seronok dia tak boleh duduk diam..nak berjalan saje...





Haaa...tuuuu...yang pakai baju jubah unggu tu...pelancong la tuuu...









Bangunan KTM berhampiran Masjid Negara...nampak dah usang.....

Selesai solat ...kami nak pergi ke Tasik perdana...nak makan tengahari...bawa bekal ......pastu teruskan perjalanan ke Bukit Beruntung .....penutup perjalanan cuti-cuti kotaraya.....hahaha....