Menziarahi sahabat lama yang tidak pernah berjumpa selepas 24 tahun......di Hospital sungai buluh, Kalau nak di ceritakan semula ...sahabatku ini menyimpan seribu kenanggan buat ku dan keluargaku satu waktu dahulu..... dari perkhabaranya dia telah terlibat dengan kemalangan jalanraya selepas pulang dari menjemput anaknya dari UITM Puncak Alam. Setibanya aku dan abangku di Hospital jam menunjukkan pukul 1.15pm.....kami pun terus mencari Wad 5C27. Akhirnya kami jumpa wad tersebut dan berjumpalah dengan sahabat aku yang lama tak jumpa tuu...al-Hamdulilah nampak dah beransur pulih...dan dia memberitahu bahawa harini dah boleh balik...sementara menunggu dia keluar wad kami sempat bersembang-sembang dan mendengar cerita bagaimana kemalangan tersebut boleh terjadi. kalau dilihat pada zahirnya memang terukla keadaanya....jahit sini sana...pastu terpaksa memakai pendakap untuk menahan tulang belakangnya yang cedera......dengar terpaksa memakai pendakap selama 6 bulan sekurang-kurangnya.....berat juga tu..... Jam Hospital menunjukkan pukul 2.00pm....waktu melawat pun dah berakhir....nampaknya kami terpaksa megundurkan diri dulu.......buat sahabatku...semuga cepat sembuh dan menerima ujian Allah denga redha.... mudah-an Allah memberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan dan ujian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan